Thursday, April 7, 2011

Putaran kehidupan

suatu waktu dahulu: kehilangan nenek , rakan-rakan nenek, kemudian: kehilangan emak saudara, rakan bonda dan ayahanda, kehilangan ayahanda yang tercinta (2002) kini: kehilangan rakan, suami rakan besok: siapakah lagi hari yang semakin hampir Ya Allah berikan aku kekuatan untuk mendekati Mu, peliharalah aku dan keluarga ku daripada kejahatan dunia, janganlah Kau tinggalkan aku dan anak-anak ku walaupun sekelip mata.

Sunday, October 17, 2010

SALAM SAYANG

UNTUK NADIAH, FATIN & SYAZWAN

Saturday, October 10, 2009

good luck dik wan, smu 2 minggu lagi study sungguh2 k

Friday, April 24, 2009

GOOD LUCK

Assalamualaikum buat anak-anak umi kak long dan fatin,
selamat menempuh peperiksaan, semoga sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi peperiksaan yang mendatang, InsyaAllah, dengan usaha yang gigih kalian akan berjaya

Sunday, March 15, 2009

BINGKISAN BUAT ANAK-ANAK TERCINTA

BUAT NADIAH, FATIN DAN SYAZWAN
Kasih dan sayangku buat kalian harum umpama setanggi dan tersemat kukuh jauh di sanubari. Wajah-wajah kalian dirantauan yang bercahaya bak bulan purnama sering menjengah lenaku.

Sayang,
Segala nasihat yang ku hamparkan saban hari buat kalian adalah bicara hati, harapan dan impian yang agar disemat kukuh di dasar ingatan dan menjadi peniup semangat hingga hari dewasa kalian.

Oleh itu sayang,
Semoga nurkasih-NYA sentiasa melingkari perjalanan kehidupan kUmalian, terimakasih kerana selama ini kalian menjadi anak-anak yang baik , memberi kekuatan dan semangat buat umi dalam meneruskan kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri. Sesunggunya kalian adalah bidadari kayangan yang sentiasa bertakhta di hati ku.

Kalian kesayangan dan segalanya buat umi................................

Wednesday, February 18, 2009

1st day

Thanks kak long for creating a lovely blog